Hai sobat, udah lama
nih gak update, kali ini saya mau bagi-bagi tentang Fakta pria dan wanita nih,
setelah sebelumnya sudah saya bagi tentang kata kata motivasi cinta,.
langsung simak saja
sobat fakta pria dan wanita dibawah ini.
Fakta Pria Dan Wanita dalam Islam
Tahukah anda aurat
wanita lebih banyak daripada lelaki?
Wanita perlu meminta
izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
Wanita menerima harta
warisan hanya setengah dari bahagian lelaki
Wanita wajib taat pada
suami, tapi tidak sebaliknya
Wanita perlu menghadapi
kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Talak terletak di
tangan suami dan bukan isteri
Wanita kurang dalam
beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..?
- Benda yang mahal
harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita,
- Wanita perlu taat
pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama
daripada kepada bapanya
- Wanita menerima
warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik
peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki
apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk
anak isterinya.
- Wanita memang harus
menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat
mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk
Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia
syahid dan syurga menantinya.
- Tahukah? Di akhirat
kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu:
isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi
seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang lelaki wajib
berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta
menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
- Seorang wanita boleh
memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan
empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami
dan menjaga kehormatannya.
Baca Juga sobat : Tips cantik dalam islam
alhamdulillah, makin paham, thankyouu..
ReplyDeleteyep. :)
Delete